+ -

Pages

Who's the fairest of them all?

Dulu ayah banyak pesan
Pilih kawan jangan sebarangan
Eh kolot betul ayah
Kerna bagi aku lah
Semua orang layak di kawan
Jadi aku terus melawan

"Dengan niat baik di pangkal
Pesan bapa pula disangkal"

Sesaat tiada henti
Tangan tangan dijabat lagi
Kawan mazhab bervariasi
Pelbagai caci dan maki
Isi dan hati
Dapat ku lihat
Separa realiti separa imaginasi
Perkataan-perkataan
Perbuatan-perbuatan
Polemik, epidemik
Beribu hal beribu dajal
Hidup sudah macam ular
Agama bertukar sekular
Hari berganti hari
Akal dan visi tolak tepi
Mata terus kuyu lagi
Hendak itu, hendak ini

"Tak sedar sedar barangkali?"
Aduh, gambaran ini
Sungguh aku takut sekali
Dan
Bila aku buka untuk lihat
Aku sedar
Aku tidak memadam mana mana mata

Nyatalah aku hanya sedang lihat
Cermin
Diri
Aku
Sendiri.











5 Kotak Konfusi: Who's the fairest of them all? Dulu ayah banyak pesan Pilih kawan jangan sebarangan Eh kolot betul ayah Kerna bagi aku lah Semua orang layak di kawan Jadi aku terus m...
< >