+ -

Pages

Introspeksi

Aku merasa aku cacat
Bukan kerna dicipta oleh Nya
Tapi dek pilihan pilihan dalam hidup
Aku manusia yang sering berterima kasih
Tapi hanya kepada orang
Hari ni aku ingin yang ini
Tapi besok tuhan saja tahu
Termasuk lah aku
Bila di uji, aku mengeji
Mahu mati
Aku mengelak, aku lari
Tapi bila di bawah merayu tak malu
Untuk bangkit dari abu
Akan sebuah pita serba berfungsi
Aku mahu bagus namun
Paling lama sehari dua
Masih risau dengan duniawi
Risau tidak terlibat sekali
Nak sesuatu tapi tidak pernah terburu buru
tidak pernah jua berkayuh kayuh
Tuan aku mungkin jua penat melihat
Itu yang aku rasa, jika aku menjadi dia
Siapa saja yang tidak lelah dengan
Seorang jejaka sembang lebat
Dibekalkan dengan
Niat dan pengetahuan
Tetapi tercicir segala yang lain
Jadi mungkin aku tidak merasa
Ia fakta, fakta, fakta
Rasa mengenali fakta
Dan fakta tidak menghiraukan rasa
5 Kotak Konfusi: Introspeksi Aku merasa aku cacat Bukan kerna dicipta oleh Nya Tapi dek pilihan pilihan dalam hidup Aku manusia yang sering berterima kasih Tapi hany...
< >